Sunday, 24 January 2016

Komunikasi Dua Hala Dengan Guru

Entri 77

Teks & Foto: Munirah Yusoff

 [Catatan Harian]

Supervisor, Madam Lim
Setiap bulan sekurang-kurangnya saya jumpa dengan supervisor, Madam Lim untuk perbincangan kertas penyelidikan. Dan setiap kali jumpa, dia akan semak dan perbetulkan beberapa perkara. Tapi kan, bila pensyarah buat semakan macam zaman cikgu sekolah dulu, ingat tak takut ke? Paling takut kalau tak dapat capai syarat minimum. Walaupun jarang berjumpa, saya akan pastikan pembetulan di buat dan akan menghantar fail yang baru.

       Kadang-kadang nampak macam payah, sebab dalam email pun kurang berkomunikasi. Tapi sekali jumpa, cukup 30 minit, banyak input yang dia bagi. Bukan setakat dia bagi pandangan, dia siap tulis maklumat yang dia nak pada kertas. Jadi, tak adalah saya terlupa. ^_^

        Nak belajar, nak berguru, sila adakan komunkasi dua hala. Kalau belajar sendiri, boleh. Cuma kadang-kadang kita akan jumpa 'jalan jauh' sedangkan ada 'jalan pintas'. 




Jangan ingat nak buat format thesis tak perlu nota rujukan. 

Contoh yang belajar sendiri? Ini yang saya buat, draft tesis ikut buku dari kosong hingga menjadi draft yang mudah. Ikut jalan dekat, boleh saja nak guna template yang pensyarah bagi. Cuma saya tak guna sebab jalan jadi makin panjang nak kena ubah-padam-tambah.

P/S: Mana yang boleh belajar sendiri, belajar sendiri. Nak tambah lagi ilmu, cari guru. :D


Thursday, 21 January 2016

Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Entri 76

Teks: Munirah Yusoff
Sumber: Akademi Bekerja Di Rumah


Ada yang bertanya pada saya, apa itu Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)? Bagaimana ABDR berfungsi dan apa faedah yang akan mereka dapat jika menyertainya? 

Ini adalah jawapan bagi semua persoalan di atas:

ABDR di asaskan oleh Puan Masayu Ahmad, seorang kolumnis 'Panduan Bekerja Di Rumah' dalam majalah mingguan iaitu Majalah Wanita. Pelbagai persoalan dan dilema suri bekerjaya mahupun suri sepenuh masa yang mahu mula bekerja di rumah tetapi tidak tahu caranya. Maka ABDR diperkenalkan untuk suri yang mempunyai masa terhad dan juga kekangan modal sebagai bimbingan.

Pengenalan


+ ABDR adalah jaringan kumpulan sokongan untuk suri pengurus rumah tangga atau suri bekerjaya.

+ ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bergelar wahm yang mahu menjana pendapatan hanya dari rumah.

+ ABDR menjadi kumpulan sokongan untuk suri bekerjaya yang mahu menjana pendapatan secara sampingan.

+ ABDR menjadi platform untuk belajar asas mula bisnes produk fizikal, digital atau servis.

+ ABDR menawarkan bimbingan dan latihan berbisnes di atas talian dengan menggunakan medium pemasaran percuma seperti blog dan Facebook fanpage.

+ Penyertaan adalah berdasarkan analisa awal untuk mengenalpasti apa matlamat utama mahu berada di ABDR ini.

Cara-cara untuk menyertai ABDR
(Pilih salah satu ikuti kesemuanya)

1) Mengikuti mana-mana kelas yang ditawarkan.
2) Menjadi pengurus online (rakan niaga).
3) Beriklan di direktori SOHO ABDR.

Untuk menyertai keluarga ABDR atau mengikuti kelas yang ditawarkan,
boleh mendaftar melalui saya:
Munirah Yusoff
Pengurus Online ABDR
Email: pn.munirahyusoff@gmail.com
SMS/Whatsapp: 0193447292